MUKADIMAH

Dah hampir setahun baru nak buat blog khas RAYA 2013.
Itulah padahnya kalau kerja bertangguh-tangguh. Mood pun dah hilang. Walau bagaimapun disebabkan koleksi tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012 telah dibuat dan tidak lama lagi Insyallah untuk tahun 2014 nanti, maka RAYA 2013 terpaksa dibuat juga.
Ini semua sebagai kenangan kepada anak-cucu di kemudian hari sekiranya saya sudah menjadi nostalgia kepada mereka.
Disebabkan gambar terlalu banyak dan sudah lupa secara turutannya, maka susunannya mungkin dibuat berdasar 'ingatan' dan dipilih mengikut citarasa saya sendiri.

Sabtu, 26 Julai 2014

TETAMU YANG DATANG

Tuan Haji Omar dan keluarga dari Shah Alam
Tuan Haji Abu Bakar dari TTDI

Kak Yah dan anak-anak cucunya
Mohizan (anak sedara) dari Kuala Lumpur

Sebenarnya yang datang ramai, tetapi tak sempat nak ditangkap gambar.

Sabtu, 12 Julai 2014

BERKUNJUNG KE MUAR

Pada hari raya ke dua kami ke Muar pula. Mula-mula menziarahi tanah perkuburan Parit Keroma.









KE RUMAH TOK ANDAK












BERSALAM DAN BERMAAFAN

Pada hari raya 2013 giliran Mohd Noor Azam dan Khairul Anwar beraya di Yong Peng. Muhamad Arifudin dan Nurulhuda beraya di rumah mertua masing-masing. Inilah raya yang pertama bagi pasangan Anwar dan isterinya Syahirah. 
Sudah menjadi kebiasaan slepas solat hari raya masa bermaaf-maafan pun bermula.  Saya dan isteri menanti.....Saya selesa memakai jubah yang dibeli semasa mengerjakan umrah pada bulan Mac 2013.
Orang pertama ialah Muammad Iman bin Mohd Noor Azam.  Bersalaman dengan atuk.
Bersalaman dengan  Mak Tok
Mohd Noor Azam anak yang sulung
Rasidah anak menantu yang pertama
Khairul Anwar
Syahirah anak menantu ke-4
Muhamad Fitri
cium emak atau cium tudung?

Giliran Muhamad Syafiq pula
Emak mencium Syafiq

Giliran Nurul Najihah

Nangis pulak dia. Dia kata dia banyak dosa dengan emak.

Muhammad Iman bersalaman dengan ayahnya. Mana Afif?

Tahun itu ayah beri emak ampau

Dan bersalaman bermaaf-maafan

Ciuman untuk anak dari seorang ibu

Mohd Noor Azam bersalaman dengan isterinya

Ini dia Muhammad Afif. Lama sangat adegan bersalaman...dia pun tertidur di lantai.

Aksi dua beradik Mohd Noor Azam dan Khirul Anwar

Dua orang biras...yang Azam tu apa hal?

Muhamad Syafiq bersalaman dengan abangnya.

Hari raya puasa yang pertama bagi Khirul Anwar dan Syairah

Bergambar ramai pada hari raya pertama tanpa cucu (cucu tidur)
Bersama ayah tanpa Muhamad Arif
Khairul Anwar dan isterinya
Mohd Noor Azam dan isterinya
ZIARAH KE AYER HITAM

Seperti biasa pada hari raya  tempat pertama yang dikunjungi ialah saudara-mara di Ayer Hitam. Bukannya banyak. Ada tiga rumah yang wajib dikunjungi.


Rumah Pak Ngah Hamsan yang pertama dikunjungi. Dia sudah berusia 78 tahun (raya 2013). disebabkan rancak berbual dan makan-makan, maka lensa kamera lupa nak difungsikan. Nasib baik ada gambar sekeping ni sebagai kenangan. Lain kali siapa yang pegang kamera perlu sensitif sikit.  Biar gambar sendiri tak ada....

Pak Ngah dengan gaya biasanya...bercerita tak habis-habis 

Marhaban di rumah Cik Yah.
Semasa sampai ke rumah Cik Yah di Kg Kota Dalam, tetamu (saudara-mara sebelah Cik Berahim) sedang bermarhaban,
kami pun ikut sama.

Bergambar dengan Cik Yah
Mak Wok

Seterusnya kami beramai-ramai ke rumah Mak Wok di Jalan Kluang.  Sekali lagi lensa kamera tidak berfungsi kecuali terhadap gambar Mak Wok seorang.